Tuesday, June 29, 2010

KEBUDAYAAN MELAYU .

bak kata pepatah , " bahasa menunjukkan bangsa " .

seringkali peribahasa ini digunakan untuk mengingatkan kami supaya berjaga-jaga dengan kata-kata sendiri .

tetapi zaman semakin berubah , anak-anak melayu semakin "terror" .

mereka tidak kesah akan apa bahasa yang digunakan .

ibu dan bapa pula tidak boleh disalahkan kerana , pendidikan telah mencukupi .

saya seringkali mendengar pelbagai perbualan kasar anatara sahabat .

ia amat memalukan kerana ia sudah terang bahawa mereka adalah anak melayu .

mereka juga memakai pakaian yang tidak senang di pandang orang .

terutama sekali anak gadis , mereka memakai pakaian yang amat ketat membalut ke seluruh tubuh .

ia amat memalukan kerana dalam segi undang-undang ataupun agama , lebih baik kita mencegah jenayah daripada memancing perkara yang tidak dimahukan berlaku .

anak gadis memakai baju yang ketat dan yang menjolokkan mata , bagi pandangan mereka , mereka memakai pakaian untuk menunjukkan betapa seksi tubuh mereka . dan ada juga mengatakan megikuti selesa sendiri . ada juga memakai kerana mahu menarik perhatian orang .
dan bukan hanya masa berjalan dan sebagainya , malah baju kurung sendiri mereka makainya dengan tidak senonoh . alangkah sedihnya apabila melihat mereka memakai baju etnik kami sebegitu . kerana ia menjatuhkan maruah mereka dan juga nama Melayu .
sekali gus , raya sudahpun hendak tiba , mari kita sama-sama memperbualkan tentangnya dan meraikannya bersama-sama (:

SARKASI SAID .




siapakah sarkasi said ?
adakah anda sering dengar atau nampak wajahnya tersiar di rancangan 'Akhir Kata' ataupun 'Detik' saluran Suria .
ya , Sarkasi Said amat terkenal dengan lukisan batiknya yang cantik dan luarbiasa . lukisannya dijual ke pelbagai negara . sudah tentu sekali dia dikenali seluruh dunia . dia telah dilahirkan pada tahun 1940 dan telah memasuki sekolah menegah Beatty pada tahun 50-an . pada masa itu , lukisannya telah dikenali di seluruh Malaysia , Thailand , New Zealand , Amerika Syarikat , Jepun dan juga Perancis . pada tahun 1974 , Encik Sarkasi Said telah memenangi pingat APAD dari angkatan pelukisan aneka daya . Encik Sarkasi juga telah memeganag rekod di 'Guinness Book Of Record' dengan mempunyai lukisan batik yang terpanjang ( 103.9 meter )
bukan hanya ini , dia terkenal sehinggakan ayah saya membeli corak lukisannya unutuk menjadi perhiasan di rumah sempena bulan syawal yang akan menjelang .
selain dar memperbualkan tentang perhiasan di sini , saya ingin menjenguk sedikit sebanyak apakah telah terjadi di Geylang Serai pada bulan Ramdhan ini ! (:

Sunday, June 27, 2010

GEYLANG SERAI .






kebudayaan melayu .
ia sudah terang bahawa Geylang serai adalah tempat utama bagi bangsa melayu .
ianya terletak di Paya Lebar , ia adalah tempat penghinapan bangsa melayu sejak tahun 1840 .
sebabnya mengapa Geylang serai adalah tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung ialah , ia mengandungi pelbagai benda yang diperlukan . seperti , baju kurung melayu , kuih muih dan makan makanan melayu . benda-benda ini akan diperlukan pada bulan ramadhan untuk persiapan Hari Raya .
Geylang Serai akan penuh dengan pengunjung apabila di waktu bulan ramadhan , kerana suasananya yang amat meriah dan barangan yang akan kami memerlukan untuk persiapan .
terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis barangan . yang teutamanya sekali , penjualnya semuanya amat peramah .

apa yang berlainan dibandingkan Geylang lama dan yang baharu ialah , ia telah dirobohkan dan dibina semula dengan bangunan yang baru . dengan melakukan sebegitu , ia menjatuhkan lagi semangat melayu . apa maksud saya bagi 'mejatuhkan semangat melayu' ialah , pada pendapat saya , setiap tahun pada bulan ramadhan keluarga saya akan pergi ke Bazar Geylang . setiap tahun perasaan saya amat berlainan , disebabkan suasananya yang telah bertukar . dengan itu , saya rasa ia amat baik untuk memperbaiki sesuatu yang lama , tetapi suasananya tidak akan menjadi sama . Geylang serai telah dikenali di seluruh dunia kata sahaja "Geylang" , mereka akan tentu kenali sama ada mereka pernah berkunjung ataupun mereka pernah mendengar khabar angin dan paling penting , ianya sentiasa akan dikenali sebagai Geylang Serai Perkampungan Melayu di Singapura .
dan ini adalah geylang sebelum bulan puasa , jika sudah tiba masanya untuk meyambut syawal , begitu meriah dan kecih jadinya ! (: