Sunday, June 27, 2010

GEYLANG SERAI .






kebudayaan melayu .
ia sudah terang bahawa Geylang serai adalah tempat utama bagi bangsa melayu .
ianya terletak di Paya Lebar , ia adalah tempat penghinapan bangsa melayu sejak tahun 1840 .
sebabnya mengapa Geylang serai adalah tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung ialah , ia mengandungi pelbagai benda yang diperlukan . seperti , baju kurung melayu , kuih muih dan makan makanan melayu . benda-benda ini akan diperlukan pada bulan ramadhan untuk persiapan Hari Raya .
Geylang Serai akan penuh dengan pengunjung apabila di waktu bulan ramadhan , kerana suasananya yang amat meriah dan barangan yang akan kami memerlukan untuk persiapan .
terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis barangan . yang teutamanya sekali , penjualnya semuanya amat peramah .

apa yang berlainan dibandingkan Geylang lama dan yang baharu ialah , ia telah dirobohkan dan dibina semula dengan bangunan yang baru . dengan melakukan sebegitu , ia menjatuhkan lagi semangat melayu . apa maksud saya bagi 'mejatuhkan semangat melayu' ialah , pada pendapat saya , setiap tahun pada bulan ramadhan keluarga saya akan pergi ke Bazar Geylang . setiap tahun perasaan saya amat berlainan , disebabkan suasananya yang telah bertukar . dengan itu , saya rasa ia amat baik untuk memperbaiki sesuatu yang lama , tetapi suasananya tidak akan menjadi sama . Geylang serai telah dikenali di seluruh dunia kata sahaja "Geylang" , mereka akan tentu kenali sama ada mereka pernah berkunjung ataupun mereka pernah mendengar khabar angin dan paling penting , ianya sentiasa akan dikenali sebagai Geylang Serai Perkampungan Melayu di Singapura .
dan ini adalah geylang sebelum bulan puasa , jika sudah tiba masanya untuk meyambut syawal , begitu meriah dan kecih jadinya ! (:

No comments:

Post a Comment