Monday, September 6, 2010

GEYLANG SIPAKU GEYLANG ..

pada mulanya , hati berasa amat berat untuk berpuasa kerana ia akan mengambil masa selama sebulan .tetapi bila kita berpuas , pejam celik pejam celik sudah semakin dekat syawal akan tiba . kini hanya tinggal 3 hari sahaja untuk menyambut syawal . aku berasa amat gembira dan segala lagu raya terngiang-ngiang di mindaku . waktu ramadhan semakin singkat , dan inilah masanya apabila Geylang Serai penuh dengan umat islam . suasana semakin riuh rendah dengan jeritan "LELONG!" di sini sana . Geylang serai dipenuhi oleh pengunjung yang ingin membeli baju raya , membeli kuih raya dan juga barangan keperluan rumah . bagi pendapatku , ia memberi kami waktu sebagai satu bangsa dan agam untuk berkejasama dan berkumpul . yang memainkan peranan yang besar adalah lampu kelap-kelip yang dihiaskan . bagiku , tiada lagu raya dan juga lampu kelap-kelip , tiadalah Ramadhan . dengan itu , aku berasa tidak sabar untuk mengunjung ke Geylang pada Malam Raya untuk membeli barangan yang belum dibeli lagi . dan tidak lupa , perayaan pada hari Jumaat ini .


No comments:

Post a Comment