Sunday, October 10, 2010

baju kurung .

hari raya adalah hari kebahagiaan kaum melayu di seluruh dunia. berbaju kurung pada hari yang bahagia ini juga memainkan peranan yang besar. terutama sekali memakai baju kurung yang sedondon bersama keluarga tercinta.

baju kurung wanita amat anggun dan menawan jika digunakan terutama sekali jika memakainya dengan selendangkandi bahu. baju kurung kebaya juga adalah baju kurung moden dan ia mengikut potongan badan seorang wanita. ia nampak lebih menawan jika digunakan dengan sanggul dan barang kemas. jika seorang gadis itu memakaibaju kurung yang kelakar,berwarna-warni dan juga yang amat aneh ia tidak akan menjadi masalah. kerana mereka menutup aurat. tetapi jika mereka pakai baju yang lawa,mahal dan juga beli di butik, dan mereka memakai dengan tidak menutup aurat , semuanya akan menjadi serba-salah. ini terjadi di kalangan remaja zaman sekarang. ada juga menggunakan baju kurung kebaya dengan seluar "jeans" yang ketat. mungkin anak remaja wanita mengikut trend, tetapi ia hanya membangkitkan isu perbualan antara kaum berlainan seperti kaum cina dan india terhadap melayu.

baju kurung lelaki pula amat unik. semuanya kelihatan segak dan berseri jika dipakai. memakainya dengan songkok dan samping, mereka akan kelihatan segak.

pada kesimpulannya, baju kurung bagi wanita dan lelaki memainkan peranan yang terbesar bagi perayaan ini. berlainan dengan bangsa lain seperti cina apdabila mereka hanya memaki seluar pendek dan baju lengan pendek untuk menziarahi keluarga mereka. dan saya berharap bahawa bangsa melayu akan menghidupkan trend dan semoga ia akan menjadi trend turun menurun ke anak cucu.

No comments:

Post a Comment